Sunday, April 27, 2014

Kembali....

Assalamualaikum....

Setahun lebih tak update blog ni... Jenguk pun kadang-kadang jek.. bz bebeno ha.. InsyaAllah lepas ni nak aktif balik memblog kikiki.... Sori lah yea kalau byk typo error almaklum jelah hp new kikiki.

Ckp pasal hp new ni... Mekasih sgt to my darling En Hairul Petri, kasik adiah anniversary ni... Rentetan hp pink kesayganku kena curik kat sepital beberapa bulan lepas. Tak berhp den sekejap.... Tapi baik sungguh kwn En. Hairul Petri si Puse bg hp Nokia Mumia 710.. Biarpun secondhand dpt gak merasa hp touch screen kikiki.... Tapi masalahnya bateri problem hp tu kikiki... Selalu sgt mengadu bateri problem tu yg dpt hp new lalalala.... Anyways mekaseh saygku... (Jgn ada yg muntah bce aku bersayg2 ni)


Habis pasal hp new... Setahun lebih yg lepas jugak la... Abah mertuaku telah menghembuskan nafasnya yg terakhir... Terasa kehilangannya.... Terutama anak2 juga menantu2 dan cucu2.... Tapi semua redha itu yg terbaik buatnya... Beberapa bulan je Kami tau yg dia ada cancer paru2.... Masa tu kami br pindah ke Meru dr Puchong... Alhamdulillah merasa jugak la menjaganya... Sebb rumah kami Kat Puchong masa tu jdi port... Paling dekat nak ke HKL... Lg pun masa tu aku dah tak berkerjakan... Yealah mati itu pasti... Kita2 ni semua bakal2 aruah... Nampak kelakar tapi itu hakikat sebenarnya....

Okey tak mo sedey2.... Sekarang lepas setahun duk Meru... Kami ambik keputusan yg sgt2 berat... Dah 2 bulan aku pindah ke kg duk ngn parent aku... Dan darlingku En. Hairul Petri..... Masih d Meru... Dengan rasminya jadilah kami weekends husband n wife....  Semoga dipermudahkan semuanya... InsyaAllah bila semuanya kembali stabil.... Kami akan kembali  duduk bersama.... Anggap je ni semua dugaan...


Waaaa dah kul 6.15am... Moh ler menghadapNya.... Mencari keredhaanNya, ketenangan, kesabaran menghadapi semua ni.....



Thursday, January 3, 2013

PSORIASIS...


JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai.

Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.

Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.

Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan.

Ia juga dipanggil penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna dan kronik yang bermaksud ‘gatal’ dalam bahasa Yunani.

Ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga enam hari saja. Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil poliferasi).

Sel kulit ini bertindih antara satu sama lain sehingga menyebabkan terbentuknya timbunan sel dan ia kelihatan seperti sisik dan tompokan keradangan tebal pada kulit. Tompokan sel ini tidak mendapat cukup bekalan darah dan ia mati dalam masa beberapa hari saja.

Apabila sel ini mati dan kering, ia menggelupas menjadi kepingan putih berkilat. Biasanya kepingan kulit kering ini tanggal sendiri, tetapi jika dipaksa (dikopek), ia menyebabkan luka.

Psoriasis boleh berlaku di mana-mana saja termasuk di kulit kepala, kemaluan, punggung, kaki atau belakang badan. Walaupun ia tidak menjangkiti orang lain, keadaan pesakit dan cebisan kulit yang tertanggal membuatkan ramai berasa tidak senang untuk duduk bersama mereka.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Boteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie, psoriasis boleh dibahagikan kepada tujuh jenis tetapi empat jenis paling biasa ialah vularis, postularis, plak dan pustular. Semua jenis psoriasis ini dikelaskan mengikut bentuk dan sifat fizikalnya.

Psoriasis adalah penyakit keturunan, wujud dalam genetik tetapi ia boleh dirangsang beberapa faktor lain seperti tekanan emosi, kecederaan kulit, jangkitan, tindak balas badan terhadap ubat tertentu, cuaca dan alahan terhadap makanan.

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit mula mengalami masalah kulit sebelum berumur 10 tahun dan tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang mengalami keradangan.

Serangan psoriasis ringan jika hanya membabitkan kurang daripada dua peratus kulit, sederhana (tiga hingga 10 peratus) dan teruk jika lebih 10 peratus kulit mempunyai tompok merah. Malah, pesakit boleh menentukan keadaan penyakit dengan mengukur menggunakan tapak tangan. Satu tapak tangan dikira sebagai satu peratus.

Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya kortikosteroid, vitamin D3, retinoid, antralin, tar arang, psoralen, methotrexate dan terapi sinar UVA. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan penyakit ini.

“Paling penting, jangan berputus asa. Allah menjanjikan setiap penyakit ada ubatnya. Usah disebabkan penyakit kita hilang keyakinan diri. Kadangkala kita perlu menggabungkan beberapa kaedah rawatan sebelum penyakit dapat dikawal dan disembuhkan,” katanya.


Tuesday, December 11, 2012

PERSOALANNYA, ADAKAH IA FAKTA BENAR ATAU HANYALAH SATU MITOS?


Mandi Malam dan Paru-paru Berair…

Ada orang-orang tua kita yang berkata mandi malam tidak baik untuk kesihatan.

“Nanti kau senang dapat sakit paru-paru. Tulang pun cepat reput,” demikian antara ‘amaran’ mereka.

Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat beberapa lagi kepercayaan sedemikian.

Ia termasuk, jangan minum air batu selalu atau tidur di atas lantai simen kerana, seperti mandi malam, ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang dan menyebabkan sakit sendi atau reumatisme.

Ada pula kepercayaan dalam masyarakat kita yang melarang seseorang itu membiarkan dirinya terkena hujan “ takut demam, selesema atau badan ‘masuk angin’. Dan, jangan biarkan diri dibelenggu stres, nanti rambut cepat beruban.

Semua kepercayaan ini memanglah tidak berasas dari segi kesihatan, meskipun ia mempunyai kesan-kesan negatif yang lain.

Misalnya, kalau kita biarkan diri mandi hujan, tentulah badan terasa sejuk dan kurang selesa, tetapi tidak semestinya ia membawa demam.

Rambut beruban pula dipengaruhi oleh faktor usia dan jika ia beruban lebih awal daripada tempoh biasanya, lazimnya ia disebabkan oleh faktor baka pula.

Bagaimanapun, kepercayaan mengenai ‘jangan mandi malam, jangan banyak minum air batu, dan jangan tidur atas lantai simen (atau seramik, batu marmar)’ walaupun beralas tikar, itu memang perlu diperbetul, terutama kaitannya dengan penyakit paru-paru.



ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini,” kata beliau.

Kebaikan mandi

Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.

Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.

“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.

“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi.” kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.

Pengamal perubatan Dr Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.

“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.

Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

“Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

“Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.

- Bernama

Monday, November 19, 2012

Khasiat CILI


Info nih google jek...


 
1. Menurunkan Berat Badan
Turunkan berat badan? yup makan pedas dpt menurunkan berat badan, makanan bersamabal mahopon pedas jugak boleh meningkatkan selera makan supaya lebih sedap dari biasa..

2. Sihatkan Jantung
Menyihatkan Jantung, budaya makan pedas boleh mengurangkan serangan jantung dan stroke coz cili/cabai dpt melawan kolestrol jahat dan mengurangkan masalah peradangan..

3. Mencegah Kanser
Menurut kajian American Association for Cancer Research, capsaicin yg ada dalam cili memiliki kemampuan membunuh beberapa sel cancer dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan serbuk kari dan mustard, boleh memperlambatkan penyebaran cancer dan pertumbuhan tumor.

4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. kombinasi ini dapat menghasilkan sistem kardiovaskuler yang lebih kuat.

5. Mengurangkan Stress
Makanan pedas meningkatkan pengeluaran hormon yang memberikan rasa yg menyenangkan, ia juga dapat mengurangai stress/tekanan.




 

Thursday, November 8, 2012

Tanjung HARAPAN, fotography dan editing


Petang Ahad.... dengan gerimis2nye masa dalam perjalanan huhuhu teruskan jugak dengan harapan spi kat sana tak la ujan kan... hehehe dapat la ambik sekeping dua photo sementara camera bang zie nih masih pada kami huhuhu....

Alhamdulillah tak ujan cerah jek.... Jom layan beberapa keping photo yg sempat aku ambik...

Joran saper nih??

Dua pemancing cilik

Pilih-pilih mana yg berkenan

Keropok udang kegemaran En Petri...

Sunset... okey tak editing tu? Nampak lebih idup sikit kot....


Best photo petang tu hehehe

Model ke 2, mineral water huhuhu

Model tetap... free jek tak yah bayo..

Cik Sona kenderaan kami...


Rombongan MEMINANG


Dibawah label Outdoor Activity & My Obsession sebabnye obsess ku pada camera (mengambik gambar orang la tu maknanya...) outdoor activity dah tentunya sebbnya kat luo kan hehehe..... Terima kasih pada Bang Zie sebb pinjamkan camera Nikon 3000nye... (Len kali pinjam lagi yea) huhuhu....

Ingatkan nak melatih En Petri jadi photographer... sudahnya akulak yg terjebak mengambik gambar... tak leh jadik... len kali suh dia lak jadi photographer... 

Okeh... Sangat malas tuk membebel bebyk so layan jelah photo2 yg sempat aku ambik.... Majlis berlangsung 3 November 2012, Sabtu kat Tampin.

 
Tengah menunggu
Atirah dengan bju kurung pink yg bertahan hanya beberapa jam jek...

Ape style la 2 beradik nih
Echa retro style
Kami dah spi Tampin
Memasing mendokong anak... Aku???

Ader pulak backdrop orang melompat kat belakang tu....
Ini jelah gambar kami ber2... tulah sibuk2 ambik gbr orang sendiri punye gbr tak dek huhuhu






Sister sister
Patut tak dapat kepek pisang nih... Atirah ngn ummi dia ambik lebih.. huhuhu
Mak mertua ku...
Ahli rombongan...
Cunnyelah hantaran sape ker yg buat... ahaksss....
Hantaran dari pihak perempuan
Antara ahli rombongan
Hantaran dari pihak kami
Kasi check dulu cincin okey ke idak
Memula sarung cincin tanye lu (risik)
Cincin tunang pulak.... maka dah sah la menjadi tunangan Ahmad Azlan
Muah-muah peluk-peluk bakal mak mertua yuhuu....


Ni buktinya dah jadi tunagan orang...
Wah berseri2nye dia...


Model itu hari... Echa..
Hannan macam nak tumbuk ibu jek....
Tak semenggah tul ahli rombongan ni


One family...
Lega majlis dah selamat...
Siapakah yg rajin mengangkat hantaran nih...?

Yeahhh.... Alhamdulillah selesai majlis... Semoga perjalanan balik selamat...