Tips Minum 3 liter Air Sehari.
1 ) "x buncit perut ke kalau minum air banyak2?"
2) "kena minum air sampai 3 liter ke? x ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"
3) "mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya.."
Ini antara soalan yang selalu diajukan setiap kali saya nasihatkan
untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Jangan takut
minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya
pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu
untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan
Rasulullah mengajar kita untuk cara minum yang betul;
♥ minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus
♥ jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas
♥ tidak meniup ke dalam air samaada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya
Sangat penting untuk tidak bernafas kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganla makan bersulamkan minum.. Itu juga salah satu penyebab perut buncit tau. Seelok-eloknya minum air 20-30min sebelum makan. Bukan sahaja baik utk sistem penghadaman tetapi juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak. Kan perut pun jd cantik dan x buncit ^_*
Soalan ke2, ye memang kena minum air yang banyak. Tapi bukan banyak sekaligus. Kita ambil contoh kalau kita siram pokok di dalam pasu dengan sebaldi air sekaligus, sudah tentu pasu boleh pecah. Begitu juga dengan badan kita. Boleh memudaratkan sekiranya kita minum sekaligus dalam sesuatu masa. Anda boleh lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan suplemen Shaklee, InsyaAllah ;-)
Soalan ke3, macamana nak abiskan 3 liter sehari? Meh saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu
♥ minum segelas air (250ml) sebaik shj bgn tidur, ini dikatakan salah satu petua awet muda juga
♥ ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air
♥ minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan
♥ minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam
♥ letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik seaktu tidur, di dalam kereta supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga
♥ minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan
♥ minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit
♥ cek pengambilan air secara detail. saya suka menetapkan setiap botol 500ml mesti dihabiskan dalam masa 2 jam sewaktu di ofis. jadi, saya akan menghabiskan sekurang-kurangnya 2.5 liter air dari pukul 8:00pg sehingga pkl 5:30ptg.
Senangkan? Boleh x kalau ikut tips ni? Kalau dah minum cukup air, kuranglah sikit rasa nak makan. Tambah-tambah lagi makanan ringan yg memang syok sangat dimakan ptg2 sesambil mata dok ngadap pc (ini utk mereka yang berkerja spt saya.. hehehe.. berdasarkan pengalaman sndr). Maka kita pun akan lebih sihat dan bertenaga.
Share from https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Kita
good info...
ReplyDelete