Tadi tgk berita dpt tau pasal fenomena nih. So just nak share pasal fenomena Astronomical Tide yg aku ambik dr web http://www.selangorku.com kot2 leh jadi peringatan buat semua.
SHAH ALAM, 9 OKT : Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia
berikutan fenomena ‘Astronomical Tide’ dijangka akan berlaku bermula 15
hingga 18 Oktober ini dan dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak
mendadak terutama di kawasan terbabit.
Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ehsan Mukri
berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Jabatan Laut Malaysia
dan meminta orang ramai untuk berwaspada menjelang fenomena yang
dijangka berlaku minggu depan itu.
Menurutnya, fenomena itu juga menyebabkan kejadian ribut dan
berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan
banjir kilat di kawasan ini kelak.
“Penduduk diingatkan untuk berjaga-jaga dan membuat persiapan awal
dan pada masa yang sama memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi
banjir kali ini.
“Antara yang perlu dilakukan ialah kebersihan perlu dijaga termasuk
penyelenggaraan longkang yang sistematik di halaman masing-masing agar
tidak tersumbat dengan sampah sarap akibat faktor sekeliling,” katanya
dalam kenyataan media.
Ehsan berkata, MPK akan membuat pemantauan dan persiapan rapi bagi
menghadapi fenomena Astronomical Tide dan setiap jabatan terlibat
bersedia melalui kepakaran masing-masing untuk kemungkinan yang bakal
berlaku kelak.
Menurutnya, orang ramai diminta untuk segera menghubungi talian bebas
tol 1 800 88 23626 atau 33716044 / 4404 untuk sebarang kes kecemasan
berkaitan fenomena itu nanti.
No comments:
Post a Comment