Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

PSORIASIS...


JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai.

Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.

Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.

Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan.

Ia juga dipanggil penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna dan kronik yang bermaksud ‘gatal’ dalam bahasa Yunani.

Ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga enam hari saja. Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil poliferasi).

Sel kulit ini bertindih antara satu sama lain sehingga menyebabkan terbentuknya timbunan sel dan ia kelihatan seperti sisik dan tompokan keradangan tebal pada kulit. Tompokan sel ini tidak mendapat cukup bekalan darah dan ia mati dalam masa beberapa hari saja.

Apabila sel ini mati dan kering, ia menggelupas menjadi kepingan putih berkilat. Biasanya kepingan kulit kering ini tanggal sendiri, tetapi jika dipaksa (dikopek), ia menyebabkan luka.

Psoriasis boleh berlaku di mana-mana saja termasuk di kulit kepala, kemaluan, punggung, kaki atau belakang badan. Walaupun ia tidak menjangkiti orang lain, keadaan pesakit dan cebisan kulit yang tertanggal membuatkan ramai berasa tidak senang untuk duduk bersama mereka.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Boteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie, psoriasis boleh dibahagikan kepada tujuh jenis tetapi empat jenis paling biasa ialah vularis, postularis, plak dan pustular. Semua jenis psoriasis ini dikelaskan mengikut bentuk dan sifat fizikalnya.

Psoriasis adalah penyakit keturunan, wujud dalam genetik tetapi ia boleh dirangsang beberapa faktor lain seperti tekanan emosi, kecederaan kulit, jangkitan, tindak balas badan terhadap ubat tertentu, cuaca dan alahan terhadap makanan.

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit mula mengalami masalah kulit sebelum berumur 10 tahun dan tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang mengalami keradangan.

Serangan psoriasis ringan jika hanya membabitkan kurang daripada dua peratus kulit, sederhana (tiga hingga 10 peratus) dan teruk jika lebih 10 peratus kulit mempunyai tompok merah. Malah, pesakit boleh menentukan keadaan penyakit dengan mengukur menggunakan tapak tangan. Satu tapak tangan dikira sebagai satu peratus.

Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya kortikosteroid, vitamin D3, retinoid, antralin, tar arang, psoralen, methotrexate dan terapi sinar UVA. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan penyakit ini.

“Paling penting, jangan berputus asa. Allah menjanjikan setiap penyakit ada ubatnya. Usah disebabkan penyakit kita hilang keyakinan diri. Kadangkala kita perlu menggabungkan beberapa kaedah rawatan sebelum penyakit dapat dikawal dan disembuhkan,” katanya.


Tuesday, December 11, 2012

PERSOALANNYA, ADAKAH IA FAKTA BENAR ATAU HANYALAH SATU MITOS?


Mandi Malam dan Paru-paru Berair…

Ada orang-orang tua kita yang berkata mandi malam tidak baik untuk kesihatan.

“Nanti kau senang dapat sakit paru-paru. Tulang pun cepat reput,” demikian antara ‘amaran’ mereka.

Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat beberapa lagi kepercayaan sedemikian.

Ia termasuk, jangan minum air batu selalu atau tidur di atas lantai simen kerana, seperti mandi malam, ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang dan menyebabkan sakit sendi atau reumatisme.

Ada pula kepercayaan dalam masyarakat kita yang melarang seseorang itu membiarkan dirinya terkena hujan “ takut demam, selesema atau badan ‘masuk angin’. Dan, jangan biarkan diri dibelenggu stres, nanti rambut cepat beruban.

Semua kepercayaan ini memanglah tidak berasas dari segi kesihatan, meskipun ia mempunyai kesan-kesan negatif yang lain.

Misalnya, kalau kita biarkan diri mandi hujan, tentulah badan terasa sejuk dan kurang selesa, tetapi tidak semestinya ia membawa demam.

Rambut beruban pula dipengaruhi oleh faktor usia dan jika ia beruban lebih awal daripada tempoh biasanya, lazimnya ia disebabkan oleh faktor baka pula.

Bagaimanapun, kepercayaan mengenai ‘jangan mandi malam, jangan banyak minum air batu, dan jangan tidur atas lantai simen (atau seramik, batu marmar)’ walaupun beralas tikar, itu memang perlu diperbetul, terutama kaitannya dengan penyakit paru-paru.



ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini,” kata beliau.

Kebaikan mandi

Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.

Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.

“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.

“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi.” kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.

Pengamal perubatan Dr Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.

“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.

Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

“Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

“Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.

- Bernama

Monday, November 19, 2012

Khasiat CILI


Info nih google jek...


 
1. Menurunkan Berat Badan
Turunkan berat badan? yup makan pedas dpt menurunkan berat badan, makanan bersamabal mahopon pedas jugak boleh meningkatkan selera makan supaya lebih sedap dari biasa..

2. Sihatkan Jantung
Menyihatkan Jantung, budaya makan pedas boleh mengurangkan serangan jantung dan stroke coz cili/cabai dpt melawan kolestrol jahat dan mengurangkan masalah peradangan..

3. Mencegah Kanser
Menurut kajian American Association for Cancer Research, capsaicin yg ada dalam cili memiliki kemampuan membunuh beberapa sel cancer dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan serbuk kari dan mustard, boleh memperlambatkan penyebaran cancer dan pertumbuhan tumor.

4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. kombinasi ini dapat menghasilkan sistem kardiovaskuler yang lebih kuat.

5. Mengurangkan Stress
Makanan pedas meningkatkan pengeluaran hormon yang memberikan rasa yg menyenangkan, ia juga dapat mengurangai stress/tekanan.




 

Wednesday, November 7, 2012

TIPS MINUM 3 LITER AIR SEHARI








Tips Minum 3 liter Air Sehari.

1 ) "x buncit perut ke kalau minum air banyak2?"

2) "kena minum air sampai 3 liter ke? x ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"
3) "mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya.."
Ini antara soalan yang selalu diajukan setiap kali saya nasihatkan untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan Rasulullah mengajar kita untuk cara minum yang betul;

♥ minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus
♥ jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas
♥ tidak meniup ke dalam air samaada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya

Sangat penting untuk tidak bernafas kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganla makan bersulamkan minum.. Itu juga salah satu penyebab perut buncit tau. Seelok-eloknya minum air 20-30min sebelum makan. Bukan sahaja baik utk sistem penghadaman tetapi juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak. Kan perut pun jd cantik dan x buncit ^_*


Soalan ke2, ye memang kena minum air yang banyak. Tapi bukan banyak sekaligus. Kita ambil contoh kalau kita siram pokok di dalam pasu dengan sebaldi air sekaligus, sudah tentu pasu boleh pecah. Begitu juga dengan badan kita. Boleh memudaratkan sekiranya kita minum sekaligus dalam sesuatu masa. Anda boleh lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan suplemen Shaklee, InsyaAllah ;-)


Soalan ke3, macamana nak abiskan 3 liter sehari? Meh saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu 
 
♥ minum segelas air (250ml) sebaik shj bgn tidur, ini dikatakan salah satu petua awet muda juga
♥ ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air
♥ minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan
♥ minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam
♥ letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik seaktu tidur, di dalam kereta supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga
♥ minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan
♥ minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit
♥ cek pengambilan air secara detail. saya suka menetapkan setiap botol 500ml mesti dihabiskan dalam masa 2 jam sewaktu di ofis. jadi, saya akan menghabiskan sekurang-kurangnya 2.5 liter air dari pukul 8:00pg sehingga pkl 5:30ptg.

Senangkan? Boleh x kalau ikut tips ni? Kalau dah minum cukup air, kuranglah sikit rasa nak makan. Tambah-tambah lagi makanan ringan yg memang syok sangat dimakan ptg2 sesambil mata dok ngadap pc (ini utk mereka yang berkerja spt saya.. hehehe.. berdasarkan pengalaman sndr). Maka kita pun akan lebih sihat dan bertenaga.

 
Share from https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Kita
 
 

Sunday, October 14, 2012

Fenomena Astronomical Tide



Tadi tgk berita dpt tau pasal fenomena nih. So just nak share pasal fenomena Astronomical Tide yg aku ambik dr web http://www.selangorku.com kot2 leh jadi peringatan buat semua.


SHAH ALAM, 9 OKT : Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia berikutan fenomena ‘Astronomical Tide’ dijangka akan berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini dan dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak mendadak terutama di kawasan terbabit.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ehsan Mukri berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Jabatan Laut Malaysia dan meminta orang ramai untuk berwaspada menjelang fenomena yang dijangka berlaku minggu depan itu.

Menurutnya, fenomena itu juga menyebabkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

“Penduduk diingatkan untuk berjaga-jaga dan membuat persiapan awal dan pada masa yang sama memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir kali ini.

“Antara yang perlu dilakukan ialah kebersihan perlu dijaga termasuk penyelenggaraan longkang yang sistematik di halaman masing-masing agar tidak tersumbat dengan sampah sarap akibat faktor sekeliling,” katanya dalam kenyataan media.

Ehsan berkata, MPK akan membuat pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena Astronomical Tide dan setiap jabatan terlibat bersedia melalui kepakaran masing-masing untuk kemungkinan yang bakal berlaku kelak.

Menurutnya, orang ramai diminta untuk segera menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 33716044 / 4404 untuk sebarang kes kecemasan berkaitan fenomena itu nanti.



Wednesday, October 3, 2012

FENOMENA HALO

Fenomena Halo berlaku semalam area lembah Klang....

Memula aku pun tak perasan pasal nih.. maklumlah semlm tak basuh baju make aku tak dek la keluar rumah hehehe.... Tau pun bila ramai kawan-kawan hat FB yg bercakap pasal matahari nampak lain ari nih.... Aku pun semangat la... ambik kunci... bukak pintu belakang... memula tercari2 jugak la mana matahari time tuh.... hehehe.... Duk bawah pokok betik sambil perhatikan sekeliling.... huhhhh nampak dah.... Meremang bulu roma aku bila tgk matahari time tuh.... nampak mcm tak berapa cerah... keliling dia agak hitam cam mendung than ader bulatan mcm pelangi....

Post kat fb.. ohhh fenomena halo rupanye.... aku pun cari2 la info pasal tuh.... ropanye itu fenomena biase jek....

Aper pun itulah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t pencipta segala alam... Subhanallah......

Kat bawah nih de info yg aku dapat dr Wikipedia...



Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
 
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.


Sumber dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.